Blog Archive

SOCIAL MEDIA

Graduation goggles

Saturday, July 30, 2011

Assalamualaikum. :)

Buku dah habis baca! :) Hari rabu ke khamis hari tu tah. Yeay.

Lama gila. tak ape. Slow slow.

Hari tu I kata ape? Nak cerita pasal kerja kan.

Kerja? Ok lah. tak best dan tak de lah teruk sangat pun. Ok je.

I suka sebab I kerja dengan orang muda semua. Group I group yang paling besar tau. Kitorang ade 7 orang. kalau tolak senior I, average umur kitorang dalam 23 tahun camtu. Muda kan? sebab tu jugaklah group I group paling bising. We’re young, babeh!

Dalam group I ade dua orang trainee. I dengan ade budak UMS ni. Umur kitorang sama. Tapi serious I nampak tua banyak dari dia. kalau dia nampak macam dara 2NE1, I macam Solbi. Kalau dia macam amani, I macam rozita cik wan.



So sekarang ni I rasa yang I ni dah matured terlebih. Dah lah badan macam mak-mak, perangai pun nak mak-mak. Tak boleh jadi ni. Kena kurangkan sikit ni. Haha.

Oh ye. Semalam I pergi majlis penutup dekat PLKN tempat abah I kerja. Abah I komandan. Komandan tu kira macam pengetua. macam tu lah. bila I tengok budak-budak tu kan, serious teringat zaman dekat maktab dulu. Bunyi announcement suruh orang berkumpul dekat dewan sekarang, perasaan berkumpul ramai-ramai dekat dewan time ade makan-makan, perasaan tengok orang buat persembahan, dengan karaoke nya, dengan lakonan nye, perasaan tengok slide sepanjang program, perasaan duduk asrama, maksudnya hari hari memang muka tu lah kau tengok, dekat koop, BK, BA, teres, semualah. Semua nya buat I rindu nak balik zaman mrsm balik.

Memang sepanjang malam semalam memang I duk berangan je fikir balik zaman dulu-dulu. Totally graduation goggles. Even duduk mrsm dulu banyak drama, seriously banyak sangat drama, yang kutuk belakang nya, yang geng ni gaduh dengan geng ni lah, yang gipang nye, yang bercinta nya. Macam-macam drama. Time tu memang paling tak suka meeting batch. Ade aje lah drama nya. Tapi sekarang benda tu semua lah yang I duk sibuk-sibuk rindu.

rindu sampai nangis. I memang orang macam ni. I suka good memories dan suka teringat-ingat balik ni.

tapi I sekarang I sedih sebab I tak rasa i buat banyak sangat memori dekat uitm. Selain dari benda-benda awesome dan random yang I buat dengan budak-budak todak, yang lain semua blur. Blur. Yang I ingat pergi kelas. Pergi kelas, balik. Tu je lah.

:)

Post a Comment

Instagram