Blog Archive

SOCIAL MEDIA

I am not even blonde!

Thursday, July 14, 2011

Assalamualaikum. :)

Nak tahu betapa jahilnya aku dalam isu semasa?

Aku tak tahu pun perhimpunan bersih pakai warna kuning!

Tu pun tahu sebab satu hari tu datang kerja pakai tudung warna kuning, ade budak group tu tegur,

‘Hah! Pakai kuning!’

Yang aku ni punya lah tak tahu pape tercengang je dekat situ pergi tanya kenapa! Kenapa!

Lepas tu nak cover konon tengok jugak berita

‘ohhhh, pasal tu ke. saya ingatkan warna kuning bawak bad luck ke ape dekat orang cina sampai u tegur macam tu,’ -.-“

P-A-T-H-E-T-I-C.

Teruk!

Isu perhimpunan bersih pun bukan kau tau sangat kan athirah?

Ada la dengar sekali dua. Tiba-tiba ter lalu depan tv time berita tengah sebut perhimpunan bersih. Pasal Agung lah, Najib lah, Anuar lah.

Who cares?

U know what athirah. Everybody cares. Cuma kau sorang jer tak.

Anyway, dah alang-alang bukak cerita, let me share my point of view.

Sebagai seorang warganegara Malaysia yang tak tahu langsung pasal politik dan tahu sikit-sikit je pasal government (kalau ada mock interview baru terhegeh- hegeh nak hafal nama Menteri), I sebenarnya tak ada apa-apa masalah pun dengan demonstrasi semua ni. Diorang cuma sekumpulan orang yang nak berjuang untuk sesuatu yang diorang rasa betul. Kalau tak buat macam ni orang tak dengar apa yang diorang nak cakap kan?

And pasal sangat menyusahkan. Yes. Memang sangat menyusahkan orang ramai. Tapi setiap perbuatan tu kan ada pros and cons. Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang? Betul?

Tapi honestly yang kelakar dekat sini bukan dekat orang yang pergi perhimpunan tu, tapi orang yg pergi kl jgk bila diorang tahu mmg orang nak buat perhimpunan bersih hari ni. Yang memang wajib pergi atas sebab kerja ke ape ke tu boleh dimaafkan lah. ni yang pergi saja-saja nak shopping, lepak ape bagai. kenapa pilih hari ini?? Kenapa? Kenapa? Bukan nya baru semalam diorang kata nak buat perhimpunan bersih. Dah lama dah kecoh. Adakah suka pergi sibuk tengok dekat tepi-tepi orang tengah buat demonstrasi? Kalau ikut rules dekat sekolah aku dulu ni, orang yang duduk dekat tepi-tepi time orang lain tengah belasah budak pun kena buang sekolah tau! Duduk tepi je. Bukan buat ape pun.

Maybe they have zero knowledge on general issues too?

Dude, high five! Kita serupa.

P to the A to the T….

kalau tutup jalan sebab ada concert ke, flash mob ke, pameran ke, pesta buku ke, tak ada pulak orang complain jalan sesak kan? Sbb itu semua untuk tujuan yang bagus? Bagus bagi kita. Bagi orang lain?
Sama jugak macam diorang-diorang ni tadi. Diorang rasa diorang betul that’s why diorang berani buat.

Get it.

And this is my other point of view. I think people should think before they use the word ‘Allahuakbar’ in a demonstration. I don’t say it’s wrong to use it, I just think if what you’re fighting for has no connection what so ever with Islam, please, don’t ever use the word ‘Allahuakbar’ or any other words related to Islam. Islam is already in a very shaky position after the suicide bombing. What do you think people from all over the world would think when they saw the news?

Tak payah cakap pasal dalam luar negara lah, tengok dalam Malaysia ni je cukup. Fikir lah perasaan I hari isnin hari tu pergi kerja time Semua orang tengah kutuk melayu? Btw, I adalah satu- satunya pekerja Melayu Islam dalam syarikat tu.

Lu pkir lah sendiri.

Dan lagi,I rasa Puan Bedah betul.

Kita kena sokong pemimpin kita. Kita kena sokong beliau selagi mana beliau merupakan pemimpin kita.

Lagipun,

‘don’t ever bite the hand that feeds you’

Post a Comment

Instagram