Blog Archive

SOCIAL MEDIA

Pertama kali hilang duit

Thursday, May 17, 2012

Assalamualaikum. :)

pernah guna teknologi MEPS di ATM? mesti pernah kan. is it convenient? VERY! you can just withdraw your money every where, every when you want. Tak payah lagi nak buat muka masam tiap kali pergi window shopping lepas tu ternampak benda yang dah lama mengidam, cantik tertarik menarik, on sale pulak tu, tapi bukak purse ade RM10 je, lepas tu dekat Mall tu tak de pulak bank yang digunakan. TERKILAN.


dengan MEPS, tak de nyer kes terkilan-terkilan ni. sekarang ni semua orang senyum bahagia je tiap kali keluar mall. eh ke perempuan je bahagia? ayah-ayah, suami, boyfriend semua muka berkerut? hehe.

I used to love MEPS technology too.

kenapa 'used to'?

sebab dah ada pengalaman buruk dah dengan ATM. beberapa minggu lepas I nak la keluarkan duit dekat Carefour Shah Alam.I guna bank BSN tapi nak keluarkan duit guna ATM Bank Islam. Seriously ATM tu nampak ok je. tak ada amaran pape pun. I dah tekan cash withdrawal semua dh, mesin tu pun dh buat bunyi 'gggrrrrrrrrrr' (bunyi duit nak keluar dari ATM), tapi duit tak keluar-keluar. Lama pulak tu. Kad pun tak keluar. Lepas tu macam dah rasa lain macam je kan ATM ni, Pikah pergi la tekan-tekan 'Cancel' button. Baru la keluar kad. Ingatkan transaksi tak berjaya.

nasib baik memang urgent jugak nak keluar duit. so I pun pergi lah guna ATM Maybank dekat sebelah.

before I proceed, I care to explain that I normally don't check my balance before I withdraw my money. which is not good! NOT GOOD.

you know why?

here's why.

In my case, luckily I tergerak hati nak check balance. dan tahu tak BSN dah tolak duit I, walaupun transaksi tak berjaya!

Alhamdulillah I sedar baki I kurang lepas tu pergi report dekat Bank Islam dan BSN. macam mana kalau tak? I nampak jer orang yang bila transaksi dah tak berjaya, terus belah macam tu je dari ATM tu tanpa sedar yang baki bank dia dah berkurang!

(nanti mesti meroyan mane pergi duit aku)

dan nasib baik lah untuk sesetengah orang, I ni memang suka jaga tepi kain orang, I pergi tunggu depan ATM tu dan bagi amaran untuk semua orang.

'Kak jangan guna. nanti dia tak keluar duit tapi dia tolak duit akak'

ada yang dengar ada yang tak.

'Muka aku ni muka penipu ke apa???'

bila dah jadi baru nak 'haaa macam mana ni?'

nak jer I cakap dekat situ, 'I TOLD YOU SO!'

ada seorang jejaka ni, I sampai stalk dia dekat dalam Carefour. hehe. sebab I rasa dia tak perasan jugak baki dia dah kurang. Lepas tu I dengan Pikah pulak gedik2 tolak2 siapa nak bagi tau budak tu. Ye la. I kan pemalu. HAHA.

so lepas ni, tolong tolong tolong lah check balance dulu sebelum keluar duit dekat bank ye. :)

Post a Comment

Instagram