Blog Archive

SOCIAL MEDIA

it hurts when you love someone, but that someone doesn't love you back

Monday, April 15, 2013

Assalamualaikum. :)

Dear KFC,

semalam kami terliur liurkan awak punya Spicy Korean combo. Makanya, dengan harapan yang tinggi, kami telah keluar rumah ada pukul 8.00 malam. Semata-mata untuk menikmati Spicy Korean Combo baru awak yang awak gembar-gemburkan sebagai sangat sedap tu.

Kami telah membuat keputusan untuk pergi ke outlet awak yang berada di Jalan Universiti. Setibanya kami disana, ige boyaaaaa! (apakah ini?), outlet yang saya baru lihat dua hari lepas begitu gahnya berdiri sebelah petron, gelap. ige boya? a simple announcement would be nice.

ok kali ni saya bagi awak can la, kot2 saya yang tak perasan awak advertise awak nak tutup.

Maka kami pun bergerak lah ke Brickfield. Sesampai nya di outlet Brickfield, kami disuruh menunggu 20 minit untuk Spicy Korean combo. kami mungkin tidak kisah menunggu kalau lama sekiranya minuman kegemaran kami, Krusher cookies n cream (sedaaaapppppnyaaaaa!) ada. Tapi outlet awak kata awak tak jual Krusher? ige boyaaaaa? siapa tak nak jual minuman sesedap Krusher? siapa siapa?

Oleh kerana kecewa dengan outlet Brickfield, kami telah mula bergerak ke outlet Jalan Klang Lama. tapi sayangnya, by the time kami tiba, sudah pukul 10.15 malam. Awak dah kemas kemas nak tutup dah pun.

berbekalkan sedikit kudrat dan kesabaran yang tinggal, kami nekad untuk cuba pergi ke outlet awak di Kuchai Lama. Mungkin, mungkin kesabaran kami akan membuahkan hasil.

Alhamdulillah. buka.

Kami bergegas ke area drive-thru. tapi alahaaaai awak. tak payah buat service drive-thru lah awak. Tak payah ye. Bad service, Krusher takde, all in all saya T.T.

Akhirnya, kami pulang ke rumah pada pukul 11.00 malam, kecewa.


Awak, maafkan saya. saya mungkin tak kan jumpa awak lagi. mungkin bukan selamanya tapi yang pastinya tidak dalam  waktu terdekat ni.

Maaf. T.T

1 comment :

  1. ayat memang xboleh blahh je..tajuk tu cam frust bercinta..haha

    ReplyDelete