Blog Archive

SOCIAL MEDIA

LITTLE THINGS COUNT

Tuesday, October 4, 2011

Assalamualaikum. :)

Hi.

Ingat bila i cakap i tabik lah dekat seorang wanita yang bekeluarga dan berkerjaya. Tabik spring gila. Lagi-lagi kalau tak ada maid. Ni memang lagi kagum.

Kemas rumah, masak, basuh baju, lipat baju, jaga kebajikan anak, kebajikan suami. Hoh, banyak kerja tu.

Aku sekarang ni pun bukan susah sangat, celik mata breakfast dah ada, lunch balik rumah makan, petang balik makan lagi. Lepas tu tengok tv. Ade kisah pasal masak ke, kemas rumah ke, ape ke.

Tolong angkat kain jemuran tu pun dah kira habis rajin.

Patutlah mak kau risau athirah ooooiiii.

-.-“

TAPI SEKARANG TIDAK LAGI!

Kenapa?

Minggu ni sebenarnya ibubapa i tak ada dekat rumah. Dua-dua balik semenanjung. DUA DUA! Kalau mak abah i tu pergi time cuti sekolah, kalau i pun memang cuti, tak ape. Ni time weekdays. Seminggu pulak tu.
And of course, kitorang mana ada maid. Jadi nye, bermula dari hari jumaat yang lalu, sampailah hari ni, i lah yang kena jaga rumah dan dua orang gergasi.

Rutin harian i memang completely berubah. I kena bangun awal-awal pagi sebab kena masak breakfast untuk adik i pergi sekolah. Family kitorang ni pulak bukan jenis yang kalau setakat roti, telur, nugget, pejadah semua tu boleh jalan.celah gigi je. Breakfast mesti nasi goreng, mee, roti jala, macam-macam lagi lah. Pokoknya sarapan orang Melayu.

Lepas adik i pergi sekolah kena basuh baju lagi, kemas rumah, lepas tu pergi kerja.

Balik kerja, kena masak.

Nampak macam dah biasa kan. padahalnya kalau nak tahu, ini adalah first time i masak real dishes tanpa mak i duduk dekat sebelah. FIRST TIME. Waktu cuti sem dulu yang duduk dua orang dengan Farid dekat rumah rawang tu, i tak masak pape sangat. Setakat goreng ayam, telur sardin, gitu-gitu je.

Kali ni at least, i masak dish yang berkuah.

WAAAH. Bila dah tulis macam ni rasa bangga pulak dekat diri sendiri.

Haha. sorry.

Budak-budak todak pun mesti berbangga kalau tau ni. Selama ni kerja i jadi assistant je. Tu pun assistant yang banyak bunyi. Sibuk tanya macam mana nak potong, betul ke macam ni, berapa banyak nak letak.

SEKARANG TIDAK LAGI.

ATHIRAH, DAH BOLEH KAHWIN DAH SEKARANG. <3

Heeeeeeeeeeeee.

And one thing, i sangat sangat berterima kasih dekat Faiz dengan Dik Yah sebab tiba-tiba jadi adik yang sangat baik dan memahami.

I suka bila Faiz yang kejutkan kitorang bangun subuh, i suka bila Faiz tiba-tiba pergi kemas laman tanpa disuruh, i suka Dik Yah terus buat ape yang i suruh, dan i sangat suka diorang tak complain pape pun pasal masakan i padahal diorang dua ni lah orang paling cerewet dalam dunia bab makanan, dan i lagi-lagi suka sebab diorang appreciate kesusahan i kena bangun pagi untuk buat kerja-kerja rumah.

little things counts.

I love u adik. xoxo

Post a Comment