Assalamualaikum. :)
‘Semua yang berlaku ada hikmahnya’
Percaya?
Jika anda seorang muslim, anda harus percaya. Saya tahu. Kita
semua manusia biasa. Perasaan terkilan tu pasti ada. Perasaan seperti ‘kenapa
aku? Kenapa aku yang diuji sebegini rupa?’
Lumrah manusia.
Tapi ingatkah anda, ‘Allah tidak akan menguji seorang hamba
itu lebih daripada kemampuannya,’
Kita harus sedar, setiap ujian dari Allah adalah tanda kasih
sayangnya kepada kita. Mungkin kita beranggapan kita tidak mampu melakukannya
tetapi Allah tahu kita mampu. Dia Yang Maha Mengetahui mahu kita meneroka
peribadi kita sendiri.
Pernah tak mengalami situasi ini, situasi di mana kita rasa
tidak mampu melakukan sesuatu, tetapi pada akhirnya, dengan bersusah payah, kita
mampu juga selesaikan perkara tersebut? Pasti pernah. Dan itulah yang Allah nak
dari kita. Supaya kita beri yang terbaik. Menggunakan segala potensi diri yang
kita ada untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi
ini.
Pernah kita fikir, kenapa kite sering mempersoalkan nasib
kita pabila kita ditimpa musibah, tetapi pabila kita menerima kesenangan,
kenapa kita tidak mempersoalkan, ‘kenapa aku yang dipilih untuk kesenangan ini?’
kenapa?
Fikir-fikirkan.
‘Pengalaman mendewasakan’
Setiap dugaan yang diberi oleh Allah akan membantu kita
menjadi lebih matang. Saya berbangga dengan seseorang. Faiz. Begitu banyak
dugaan yang dia hadapi sekarang ini, sehingga kami sendiri mula mempersoalkan
nasib malang dirinya (Nauzubillah), dia tenang. Ternyata dia lebih bijak
menangani dugaan ini dari kami semua. Dia redha.
“Kalau Allah nak bagi, bagilah, kalau tak, usaha cara lain,”
:') am proud of u,brother.

Post a Comment