Blog Archive

SOCIAL MEDIA

Lembu punya susu, sapi dapat nama

Wednesday, September 23, 2015

Assalamualaikum

Hi

*Rare occasion*

Setelah hampir 9 bulan bekerja di syarikat multinasional, saya dapat lihat memang terbukti rakyat tempatan adalah pekerja terbaik dan sangat berkerja keras. Itulah kelebihan kita dan malangnya, itu jugalah kekurangan kita.

Pada pandangan saya, rakyat tempatan, tidak kisahlah bangsa apa pun, sangat bertanggungjawab dan berdedikasi dalam menyelesaikan tugas yang diberikan. Masa bekerja digunakan sebaik-baiknya untuk menyiapkan kerja dengan sempurna. Mungkin kita berpegang teguh kepada konsep keberkatan. Kita berpendapat kita perlu bekerja sekeras mana kita dibayar (translasi terus ni! lol).

Ini agak berlainan dengan pekerja asing. Kebanyakan mereka lebih banyak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang bukanlah kerja hakiki (perkataan ini saya belajar dari orang kerajaan) mereka. Mereka lebih menumpukan perhatian kepada promosi diri untuk mendaki tangga pekerjaan. Senang cerita kaki kipas. Orang yang pandai bercakap dan membodek.

Agak mengejutkan, untuk syarikat multinasional, kaki kipas menang!!! Hampir kesemua orang yang diberi kenaikan pangkat adalah kaki kipas. WTH.

Bukan apa, saya kasihan melihat rakan-rakan sekerja lain yang sudah berada dalam syarikat hampir 4 tahun tetapi tidak dinaikkan pangkat walhal mereka sangat handal dalam menyelesaikan tugas! Ini tidak adil bukan.

Saya pernah bertanya kepada rakan sekerja saya mengenai ini,

"Macam mana kalau semua rakyat tempatan berhenti kerja serentak? Apa akan jadi kepada syarikat?"

"Syarikat akan lingkup sebab tiada siapa-siapa pun reti buat kerja" bentak rakan sekerja saya.

Sampai bila kita nak biarkan sapi dapat nama wahai rakan-rakan senegara sekalian? 

P/S: Woah that was tiring!!!! I'd once have a dream to write a Malay novel, gave up on the first page. Tatabahasa semua tunggang terbalik. T-T

Post a Comment