Blog Archive

SOCIAL MEDIA

saya budak baru belajar.

Tuesday, August 2, 2011

Assalamualaikum. :)

HAI.

hari ni i nak tulis satu benda yang mak i paling pantang sekali. potong kuku selain dari hari isnin, ahad, khamis kot. i pun tak ingat sangat. yang i tau setiap kali nak potong kuku mesti tanya dulu boleh potong ke tak.

jadi untuk ingatan sendiri, i nak letak kat sini. macam masa dekat shah alam dulu memang pakai balun je sebab tak ada mak nak ingatkan.

tadi i google, so i jumpa ni. hari boleh potong kuku ikut sunnah nabi :

Hari Isnin:     Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari Selasa:    Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu:      Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat:  Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Hari Sabtu:    Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad:    Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

eh hari ahad tak boleh. tolong abaikan apa yang i tulis kat atas tadi. :D

dan ini pulak urutan jari untuk potong kuku.


maaflah hodoh.i dengan paint memang tak serasi. macam tak percaya je ni hasil kerja budak amik seni untuk spm.

benda alah ni dalam organizer pun i dah tulis. ok. lepas ni takkan lupa lagi. :)

2 comments :

  1. "maaflah hodoh.i dengan paint memang tak serasi. macam tak percaya je ni hasil kerja budak amik seni untuk spm." (athirah, 2011)

    ReplyDelete