I should treat my mum better.
Sepanjang hidup 21 tahun ni, ni yang paling menyesal. Mungkin yang lain ada sikit-sikit tapi yang ni paling.
Sebabnya, kalau nak tahu, emak saya adalah orang yang paling sabar dalam dunia. Kawan-kawan pun cakap macam tu.
Dan biasalah kita ni manusia, bila orang baik dan sabar lagi kita pijak kepala sebab tahu tak akan kena marah. Tapi bila orang yang kuat marah, kita jaga pulak bontot dia sebab takut kena marah.
Manusia.
Sekarang ni saya memang tengah cuba untuk jadi anak macam mana yang saya rasa emak saya nak. Sebab saya percaya pada karma. Kalau sekarang ni pun perangai tah hapa-hapa, mungkin nanti anak saya pun berperangai begitu.
Kita tidak mahu itu bukan? Jadi perlu berubah.
Every random little things
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Post a Comment